Author : Ladde Rawing , 15 Mei 2020
Pengenalan Seni Batik
Batik adalah proses menghias permukaan tekstil
(kain) dengan campuran cecair lilin dan damar
dengan kaedah terapan (capan ) . Kain kemudiannnya dilukis atau dicelup dengan
warna. Membatik amat terkenal dalam pembikinan kain sarong , kain pelikat , baju dan lain -lain pakaian.
Batik telah wujud sejak 2000 tahun di Mesir dan merupakan seni kraf yang popular di Asia Tenggara ( Tanah Melayu, Indonesia , Burma, Thailand dan Singapura ) dan
telah diperkenalkan di Tanah Melayu sejak abad ke abad – 15 semasa pemerintahan
Parameswara di Melaka. (Kathleen Chee , 2018)
Hiasan batik di Malaysia biasanya terbahagi
kepada dua gaya iaitu rupa organik (rupa tidak berbucu ) atau geometri (rupa yang berbucu). Motif –
motif dalam hiasan batik terdiri daripada unsur fauna ( kupu -kupu , rama-
rama, kumbang dan burung ) , unsur flora ( kuntum bunga , daun , ranting dan
pucuk ) , unsur buatan manusia dan unsur rupa geometri ( bentuk ‘s’ , swastika
, segi empat dan lain – lain ) .
Cara membatik
Membatik terbahagi kepada kaedah berikut:
a.
Keadah
batik blok/ batik capan/ batik terap , kaedah ini menggunakan blok kayu yang
diukir dan telah dicelup dengan perwarna. Blok kayu itu kemudiannya diterap
(capan ) pada permukaan kain
b.
Kaedah
batik lukis/ batik tulis /Batik canting, kaedah ini menggunakan sejenis alat
yang dikenali sebagai canting. Canting bertindak sebagai bekas menyimpan warna seperti
sebatang “fountain pen” dengan lilin sebagai dakwatnya. Kain dilukis dengan alat
canting tersebut dengan campuran lilin putih dan damar mengalir keluar dari
canting seperti dakwat yang menghasilkan corak pada kain. Seterusnya, kain
diwarnakan dengan berus cat pada sekitar lilin yang membentuk corak yang telah
dilukis dengan canting itu tadi.
c.
Kaedah
batik skrin , kaedah ini sama dengan proses menghasilkan cetakan saring sutera
dengan teknik blok. Kaedah ini adalah sangat murah dan cepat kerana proses ini
mampu menghasilkan cetakan batik lebih banyak berlipat kali ganda dari kaedah
membatik yang lain. Seperti kaedah dalam
cetakan skrin , alat -alat yang utama yang digunakan dalam kaedah ini adalah
seperti skuji dan skrin selain dari bahan -bahan untuk membatik yang lain. Alat
kelongsong stensil (funnel pen) bertindak sebagai canting yang diisi dengan
laker untuk dilukis pada skrin. Proses ini tidak menggunakan lilin tetapi laker
yang diisi pada corong stensil sebagai pen.
d.
Kaedah
batik pelangi/ batik ikat , kaedah ini adalah dengan mengikat kain dengan
benang atau simpulan tertentu yang kemudiannya akan dicelup dengan warna. Corak
akan terhasil bergantung kepada jenis ikatan dan simpulan yang dibuat pada kain
tersebut.
Proses menghasilkan kain bercorak dengan kaedah batik lukis/ batik tulis.
Batik lukis pada pemidang |
Dalam proses menghasilkan kain yang bercorak
dengan kaedah batik lukis. Lilin putih dengan damar dimasak di atas dapur. Campuran
lilin itu kemudian akan di sauk dengan canting semasa iannya masih panas
didalam bekas.
Kain direntang pada perentang dan bermulalah
proses melukis pada permukaan kain tersebut mengikut corak dan motif yang
dikehendaki dengan canting sebagai alat seperti pen. Setelah selesai melukis
dengan lilin yang panas dan membentuk rupa , kain diwarnakan dengan pewarna
tekstil seperti pewarna remasol.
Proses seterusnya adalah mematikan warna pada kain
tersebut. Seluruh kain disapu dan direndam semalaman dengan sodium silikat.
Setelah direndam semalaman dengan sodium
silikat, kain akan direbus dengan air campuran serbuk soda (soda ash). Proses
ini bertujuan untuk menanggalkan lilin dan lebihan warna serta kotoran pada kain tersebut
sebelum dijemur dibawah terik cahaya matahari.
Apakah Isen ?
Isen adalah rupa yang bermotif dengan coraknya sebagai pelengkap kepada corak utama batik. Biasanya isen terdapat pada kaki dan kepala kain, mengelilingi corak utama batik. Isen melengkap jalinan pada corak batik yang memenuhi ruang permukaan kain bersama dengan corak utama. Perincian gubahan pada kain batik nampak menarik dengan motif isen biasanya tidak pada susunan corak dam, selang seli atau catur. Motif isen banyak pada susunan corak lengkap, hiasan sebegini amat digemari oleh wanita.
Apakah Isen ?
Isen adalah rupa yang bermotif dengan coraknya sebagai pelengkap kepada corak utama batik. Biasanya isen terdapat pada kaki dan kepala kain, mengelilingi corak utama batik. Isen melengkap jalinan pada corak batik yang memenuhi ruang permukaan kain bersama dengan corak utama. Perincian gubahan pada kain batik nampak menarik dengan motif isen biasanya tidak pada susunan corak dam, selang seli atau catur. Motif isen banyak pada susunan corak lengkap, hiasan sebegini amat digemari oleh wanita.
No comments:
Post a Comment