Tuesday, 12 May 2020

Bidang : Seni Arca


Author : Ladde RawingWen , 12 Mei 2020 .

1    Pengenalan Seni Arca


Pertanyaan : “Apa itu arca?”

Jawapan : “Arca ialah benda dalam bentuk tiga dimensi atau 3D.”

Pertanyaan : ”Apa itu benda?”

Jawapan : “Benda seperti patung, topeng, botol, kerusi, pasu, kalung dan alat hiasan lain adalah arca.”

Pertanyaan : “Apa itu bentuk tiga dimensi?”

Jawapan : “ Lukisan adalah gubahan dua dimensi tetapi arca adalah bentuk tiga dimensi yang boleh di pegang, di rasa selain dari dilihat sahaja. Contoh arca yang biasa kita dengar dan lihat seperti arca “Sea Horse” di Marina, Patung – patung “Grand Old Lady” di Bukit Canada Miri, Tugu Negara di Kuala Lumpur, … patung kuda jongkang -jongket di taman permainan juga adalah sejenis arca. 

8000 tahun sebelum masihi, orang Magladenia menghasilkan arca dengan tanduk, tulang, gading dan tanah liat untuk dijadikan pasu, senjata alat kegunaan harian dan perhiasan. - Kathleen Chee (2018)

2    Fungsi Arca


Arca dibahagikan kepada dua jenis iaitu arca berfungsi dan arca tidak berfungsi. Arca berfungsi adalah seperti botol, kerusi, pinggan mangkuk, kereta sorong dan sebagainya. Jenis arca ini, selain dihasilkan dengan menarik ianya boleh digunakan mengikut kehendak dan keperluan.

Manakala arca tidak berfungsi atau arca estetika hanya untuk dipandang kerana ianya mempunyai daya tarikan. Misalnya patung hiasan, piala (trofi) atau pingat yang dimenangi semasa pertandingan yang memberi makna akan disimpan sebagai tanda ingatan atau disebabkan bentuk yang menarik.  Arca estetika hanya berperanan untuk dipandang sahaja disebabkan ada nilai estetik pada arca tersebut.

Nilai estetik bermaksud nilai yang menimbulkan cetusan perasaan yang berhubungkait dengan kecantikan, kegemilangan, kemegahan, kebanggaan, “memorable”pada orang yang tetarik apabila melihatnya atau wujud perasaaan dan citarasa kepunyaan memiliki benda/arca itu. Nilai estetik ini dipersembahkan dari sudut gaya dan gubahan elemen unsur bentuk , rupa , ruang , warna bersama dengan olahan prinsip rekaan seperti unsur irama , pergerakkan , kontras , keseimbangan dan sebagainya. 
 

3    Jenis – jenis Arca


Arca boleh dibahagikan kepada jenis mengikut teknik dan bahan yang digunakan seperti berikut

a.       Arca Binaan



Arca ini dihasilkan tanpa menggunakan kerangka, misalnya binaan yang menggunakan batu- bata dan simen sebagai bahan utama atau cantuman logam dengan kimpalan (welding) menjadi bentuk.

b.      Arca Asemblaj


Arca ini dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bahan seperti kayu, plastik, bongkah atau benda- benda yang terbuang menjadi satu bentuk yang menarik.
             

c.       Arca Luakan



Pernah tak mengukir atau memotong buku sabun menjadi benda yang baru? Kaedah ini adalah cara menghasilkan arca jenis luakan. Misalnya bongkah kayu diukir dengan menggunakan pahat untuk menghasilkan corak atau bentuk baru merupakan sejenis arca luakan.

d.      Arca Mobail


Kereta sorong adalah sejenis arca mobail. Arca mobail atau arca kinetic dihasilkan dengan benda yang ringan agar ianya boleh berpusing dan bergerak.

e.       Arca Instalasi


Arca instalasi dikenali arca pemasangan dimana pelbagai benda dipasang dan digunakan pada suatu tempat. Arca instalasi ini biasanya menggunakan ruang yang luas dan boleh ditanggalkan semula untuk dipindahkan ke tempat lain.



Teknik menghasilkan Arca Asemblaj dan Arca Instalasi


Apa Arca Asemblaj ?


Arca Asemblaj ialah suatu bentuk baru yang dihasilkan daripada pelbagai bentuk yang lain. Cara menghasilkan arca asemblaj ialah dengan menggunakan bermacam -macam barangan lain seperti bahan mentah ,  benda terbuang dan terpakai untuk dijadikan suatu bentuk baru yang menarik atau untuk boleh diguna dengan  mencantumkan bahan -bahan tersebut dengan gam, paku  atau bahan perekat yang lain.

Gubahan atau rekaan sebuah arca asemblaj adalah merupakan cantuman pelbagai jenis bahan seperti kertas , kepingan besi dan/ atau kayu digabungkan menjadi satu bentuk yang baru samada berfungsi atau sebaliknya dan menarik.
                

 Apa Arca Instalasi ?


Pernah atau tidak melihat orang menyusun atap rumah atau pondok dengan daun rumbia diikat pada batang buluh ? Bagaimana pula menyusun batu -batuan leper ditepi sungai menjadi tinggi dan stabil ? atau melihat kanak -kanak menyusun sofa ‘kusyen’ dan bantal menjadi bentuk ‘rumah’? Mungkin anda pernah melihat orang memasang dinding pembahagi untuk ruang pameran di pusat memberli belah.

Arca instalasi adalah merupakan sejenis binaan yang dipasang dan biasanya menggunakan ruang yang luas. Benda yang digunakan akan disusun menjadi satu bentuk pemandangan yang menarik ,bermakna malah untuk tujuan tertentu. Kemah yang dipasang semasa membuat persiapan untuk majlis perkahwinan dan sebagainya adalah binaan dengan proses instalasi bagi tujuan memberi teduhan kepada yang hadir.

Seni arca adalah seni membina bentuk yang baru, yang boleh dirasa, dipegang, boleh digunakan , mempunyai struktur yang menarik , bermakna dengan fungsinya boleh sebagai hiasan sahaja. 

Konsep rekaan dalam gubahan arca 


Prinsip irama pada arca binaan
Aplikasi prinsip pergerakan berirama, harmoni pada arca 

Aplikasi prinsip harmoni, kontras dan berirama pada arca

Konsep yang menekankan prinsip pergerakkan dan irama dapat memberi persembahan arca itu nampak hidup seolah -olah ada pergerakkan dan tidak kaku, pilihan konsep bertujuan agar sudut pandangan tidak bosan. Olahan prinsip pergerakkan dari sumber alam seperti pergerakkan laut yang berirama progresif , percikan air yang menunjukkan irama rawak , tumbuh- tumbuhan yang ditiup angin dengan arah dan alunan ikan yang sehala dan pergerakkan ikan dilaut yang beralun memberi ilham kepada pengarca didalam rekaan mereka
.

Mask
Aplikasi prinsip imbangan simetri pada arca 
Aplikasi prinsip rekaan yang menekankan keseimbang mencerminkan pandangan sebuah arca itu tampak ada nilai kekuatan, kukuh, kekuasaan, kemegahan dan sangat menekan. Persembahan yang simetri pada arca melambangkan ianya sempurna.  binaan arca sebegini biasanya dijadikan lambang atau tanda yang mewakili sesebuah kawasan, penempatan, kumpulan dan kepada individu. Arca yang berkonsepkan imbangan adalah binaan estetik yang terawal oleh pengarca sejak beribu- ribu tahun yang lalu. 















No comments:

Post a Comment

Bidang : Seni Batik

Author : Ladde Rawing , 15 Mei 2020 Pengenalan Seni Batik  Batik adalah proses menghias permukaan tekstil (kain)   dengan campuran ...