Friday, 15 May 2020

Bidang : Seni Batik


Author : Ladde Rawing , 15 Mei 2020

Pengenalan Seni Batik 


Batik adalah proses menghias permukaan tekstil (kain)  dengan campuran cecair lilin dan damar dengan kaedah terapan (capan ) . Kain kemudiannnya dilukis atau dicelup dengan warna. Membatik amat terkenal dalam pembikinan kain sarong , kain pelikat , baju dan lain -lain pakaian. 

Batik telah wujud sejak 2000 tahun di Mesir dan merupakan seni kraf yang popular di Asia Tenggara ( Tanah Melayu, Indonesia , Burma, Thailand dan Singapura ) dan telah diperkenalkan di Tanah Melayu sejak abad ke abad – 15 semasa pemerintahan Parameswara di Melaka. (Kathleen Chee , 2018)

Hiasan batik di Malaysia biasanya terbahagi kepada dua gaya iaitu rupa organik (rupa tidak berbucu )  atau geometri (rupa yang berbucu). Motif – motif dalam hiasan batik terdiri daripada unsur fauna ( kupu -kupu , rama- rama, kumbang dan burung ) , unsur flora ( kuntum bunga , daun , ranting dan pucuk ) , unsur buatan manusia dan unsur rupa geometri ( bentuk ‘s’ , swastika , segi empat dan lain – lain ) .

Cara membatik 


Membatik terbahagi kepada kaedah berikut:  

a.       Keadah batik blok/ batik capan/ batik terap , kaedah ini menggunakan blok kayu yang diukir dan telah dicelup dengan perwarna. Blok kayu itu kemudiannya diterap (capan ) pada permukaan kain

b.       Kaedah batik lukis/ batik tulis /Batik canting, kaedah ini menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai canting. Canting bertindak sebagai bekas menyimpan warna seperti sebatang “fountain pen” dengan lilin sebagai dakwatnya. Kain dilukis dengan alat canting tersebut dengan campuran lilin putih dan damar mengalir keluar dari canting seperti dakwat yang menghasilkan corak pada kain. Seterusnya, kain diwarnakan dengan berus cat pada sekitar lilin yang membentuk corak yang telah dilukis dengan canting itu tadi.

Canting
Canting 

Gubahan dengan kaedah batik lukis 

c.       Kaedah batik skrin , kaedah ini sama dengan proses menghasilkan cetakan saring sutera dengan teknik blok. Kaedah ini adalah sangat murah dan cepat kerana proses ini mampu menghasilkan cetakan batik lebih banyak berlipat kali ganda dari kaedah membatik yang lain.  Seperti kaedah dalam cetakan skrin , alat -alat yang utama yang digunakan dalam kaedah ini adalah seperti skuji dan skrin selain dari bahan -bahan untuk membatik yang lain. Alat kelongsong stensil (funnel pen) bertindak sebagai canting yang diisi dengan laker untuk dilukis pada skrin. Proses ini tidak menggunakan lilin tetapi laker yang diisi pada corong stensil sebagai pen.

d.       Kaedah batik pelangi/ batik ikat , kaedah ini adalah dengan mengikat kain dengan benang atau simpulan tertentu yang kemudiannya akan dicelup dengan warna. Corak akan terhasil bergantung kepada jenis ikatan dan simpulan yang dibuat pada kain tersebut.

Proses menghasilkan kain bercorak dengan kaedah batik lukis/ batik tulis.


Batik lukis pada pemidang


Dalam proses menghasilkan kain yang bercorak dengan kaedah batik lukis. Lilin putih dengan damar dimasak di atas dapur. Campuran lilin itu kemudian akan di sauk dengan canting semasa iannya masih panas didalam bekas.

Kain direntang pada perentang dan bermulalah proses melukis pada permukaan kain tersebut mengikut corak dan motif yang dikehendaki dengan canting sebagai alat seperti pen. Setelah selesai melukis dengan lilin yang panas dan membentuk rupa , kain diwarnakan dengan pewarna tekstil seperti pewarna remasol.

Proses seterusnya adalah mematikan warna pada kain tersebut. Seluruh kain disapu dan direndam semalaman dengan sodium silikat.

Setelah direndam semalaman dengan sodium silikat, kain akan direbus dengan air campuran serbuk soda (soda ash). Proses ini bertujuan untuk menanggalkan lilin dan lebihan warna serta kotoran pada kain tersebut sebelum dijemur dibawah terik cahaya matahari.

Apakah Isen ? 

Isen adalah rupa yang bermotif dengan coraknya sebagai pelengkap kepada corak utama batik. Biasanya isen terdapat pada kaki dan kepala kain, mengelilingi corak utama batik. Isen melengkap jalinan pada corak batik yang memenuhi ruang permukaan kain bersama dengan corak utama. Perincian gubahan pada kain batik nampak menarik dengan motif isen biasanya tidak pada susunan corak dam, selang seli atau catur. Motif isen banyak pada susunan corak lengkap, hiasan sebegini amat digemari oleh wanita. 


Photo | A Collection of models and sculptures by young artist.

By Michelle Tang 
By Miak Pei Shang 
By Mok Xiao Maang 
By Emelda 
By Eve Ong 

By Miak Pei Shang 

school project
By Bernadette (2020) 
school project
By Wong Ying Zhuo (2020)

School project
By Kong Zi Liang  (2020)
school project
By Chelsea Chang (2020)

Tuesday, 12 May 2020

| Bengkel batik 2018 bersama Sdr. Noel Belulok




Bengkel batik bersama Sdr. Noel Belulok

Penyampaian cenderamata kepada Sdr. Noel oleh Pengetua



Photo | Sumber Idea | Flora

 Bunga Orkid 


Bunga Petunia 






Bunga Mawar (Roses) 



Bunga Dianthus 


Bunga Lily 





Bidang : Seni Arca


Author : Ladde RawingWen , 12 Mei 2020 .

1    Pengenalan Seni Arca


Pertanyaan : “Apa itu arca?”

Jawapan : “Arca ialah benda dalam bentuk tiga dimensi atau 3D.”

Pertanyaan : ”Apa itu benda?”

Jawapan : “Benda seperti patung, topeng, botol, kerusi, pasu, kalung dan alat hiasan lain adalah arca.”

Pertanyaan : “Apa itu bentuk tiga dimensi?”

Jawapan : “ Lukisan adalah gubahan dua dimensi tetapi arca adalah bentuk tiga dimensi yang boleh di pegang, di rasa selain dari dilihat sahaja. Contoh arca yang biasa kita dengar dan lihat seperti arca “Sea Horse” di Marina, Patung – patung “Grand Old Lady” di Bukit Canada Miri, Tugu Negara di Kuala Lumpur, … patung kuda jongkang -jongket di taman permainan juga adalah sejenis arca. 

8000 tahun sebelum masihi, orang Magladenia menghasilkan arca dengan tanduk, tulang, gading dan tanah liat untuk dijadikan pasu, senjata alat kegunaan harian dan perhiasan. - Kathleen Chee (2018)

2    Fungsi Arca


Arca dibahagikan kepada dua jenis iaitu arca berfungsi dan arca tidak berfungsi. Arca berfungsi adalah seperti botol, kerusi, pinggan mangkuk, kereta sorong dan sebagainya. Jenis arca ini, selain dihasilkan dengan menarik ianya boleh digunakan mengikut kehendak dan keperluan.

Manakala arca tidak berfungsi atau arca estetika hanya untuk dipandang kerana ianya mempunyai daya tarikan. Misalnya patung hiasan, piala (trofi) atau pingat yang dimenangi semasa pertandingan yang memberi makna akan disimpan sebagai tanda ingatan atau disebabkan bentuk yang menarik.  Arca estetika hanya berperanan untuk dipandang sahaja disebabkan ada nilai estetik pada arca tersebut.

Nilai estetik bermaksud nilai yang menimbulkan cetusan perasaan yang berhubungkait dengan kecantikan, kegemilangan, kemegahan, kebanggaan, “memorable”pada orang yang tetarik apabila melihatnya atau wujud perasaaan dan citarasa kepunyaan memiliki benda/arca itu. Nilai estetik ini dipersembahkan dari sudut gaya dan gubahan elemen unsur bentuk , rupa , ruang , warna bersama dengan olahan prinsip rekaan seperti unsur irama , pergerakkan , kontras , keseimbangan dan sebagainya. 
 

3    Jenis – jenis Arca


Arca boleh dibahagikan kepada jenis mengikut teknik dan bahan yang digunakan seperti berikut

a.       Arca Binaan



Arca ini dihasilkan tanpa menggunakan kerangka, misalnya binaan yang menggunakan batu- bata dan simen sebagai bahan utama atau cantuman logam dengan kimpalan (welding) menjadi bentuk.

b.      Arca Asemblaj


Arca ini dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bahan seperti kayu, plastik, bongkah atau benda- benda yang terbuang menjadi satu bentuk yang menarik.
             

c.       Arca Luakan



Pernah tak mengukir atau memotong buku sabun menjadi benda yang baru? Kaedah ini adalah cara menghasilkan arca jenis luakan. Misalnya bongkah kayu diukir dengan menggunakan pahat untuk menghasilkan corak atau bentuk baru merupakan sejenis arca luakan.

d.      Arca Mobail


Kereta sorong adalah sejenis arca mobail. Arca mobail atau arca kinetic dihasilkan dengan benda yang ringan agar ianya boleh berpusing dan bergerak.

e.       Arca Instalasi


Arca instalasi dikenali arca pemasangan dimana pelbagai benda dipasang dan digunakan pada suatu tempat. Arca instalasi ini biasanya menggunakan ruang yang luas dan boleh ditanggalkan semula untuk dipindahkan ke tempat lain.



Teknik menghasilkan Arca Asemblaj dan Arca Instalasi


Apa Arca Asemblaj ?


Arca Asemblaj ialah suatu bentuk baru yang dihasilkan daripada pelbagai bentuk yang lain. Cara menghasilkan arca asemblaj ialah dengan menggunakan bermacam -macam barangan lain seperti bahan mentah ,  benda terbuang dan terpakai untuk dijadikan suatu bentuk baru yang menarik atau untuk boleh diguna dengan  mencantumkan bahan -bahan tersebut dengan gam, paku  atau bahan perekat yang lain.

Gubahan atau rekaan sebuah arca asemblaj adalah merupakan cantuman pelbagai jenis bahan seperti kertas , kepingan besi dan/ atau kayu digabungkan menjadi satu bentuk yang baru samada berfungsi atau sebaliknya dan menarik.
                

 Apa Arca Instalasi ?


Pernah atau tidak melihat orang menyusun atap rumah atau pondok dengan daun rumbia diikat pada batang buluh ? Bagaimana pula menyusun batu -batuan leper ditepi sungai menjadi tinggi dan stabil ? atau melihat kanak -kanak menyusun sofa ‘kusyen’ dan bantal menjadi bentuk ‘rumah’? Mungkin anda pernah melihat orang memasang dinding pembahagi untuk ruang pameran di pusat memberli belah.

Arca instalasi adalah merupakan sejenis binaan yang dipasang dan biasanya menggunakan ruang yang luas. Benda yang digunakan akan disusun menjadi satu bentuk pemandangan yang menarik ,bermakna malah untuk tujuan tertentu. Kemah yang dipasang semasa membuat persiapan untuk majlis perkahwinan dan sebagainya adalah binaan dengan proses instalasi bagi tujuan memberi teduhan kepada yang hadir.

Seni arca adalah seni membina bentuk yang baru, yang boleh dirasa, dipegang, boleh digunakan , mempunyai struktur yang menarik , bermakna dengan fungsinya boleh sebagai hiasan sahaja. 

Konsep rekaan dalam gubahan arca 


Prinsip irama pada arca binaan
Aplikasi prinsip pergerakan berirama, harmoni pada arca 

Aplikasi prinsip harmoni, kontras dan berirama pada arca

Konsep yang menekankan prinsip pergerakkan dan irama dapat memberi persembahan arca itu nampak hidup seolah -olah ada pergerakkan dan tidak kaku, pilihan konsep bertujuan agar sudut pandangan tidak bosan. Olahan prinsip pergerakkan dari sumber alam seperti pergerakkan laut yang berirama progresif , percikan air yang menunjukkan irama rawak , tumbuh- tumbuhan yang ditiup angin dengan arah dan alunan ikan yang sehala dan pergerakkan ikan dilaut yang beralun memberi ilham kepada pengarca didalam rekaan mereka
.

Mask
Aplikasi prinsip imbangan simetri pada arca 
Aplikasi prinsip rekaan yang menekankan keseimbang mencerminkan pandangan sebuah arca itu tampak ada nilai kekuatan, kukuh, kekuasaan, kemegahan dan sangat menekan. Persembahan yang simetri pada arca melambangkan ianya sempurna.  binaan arca sebegini biasanya dijadikan lambang atau tanda yang mewakili sesebuah kawasan, penempatan, kumpulan dan kepada individu. Arca yang berkonsepkan imbangan adalah binaan estetik yang terawal oleh pengarca sejak beribu- ribu tahun yang lalu. 















Monday, 11 May 2020

Sunday, 10 May 2020

Bidang : Seni Landskap Persekitaran

Author : Ladde Rawing Wen , ( 11 Mei 2020 ). 

Seni Landskap Persekitaran ( Landscaping )


 Rajah 1 : Taman mini sekolah

Apakah maksud seni landskap persekitaran? 

Adalah proses merancang dan menyusun atur persekitaran luaran rumah/bangunan agar pemandangan kelihatan cantik ,indah dan menarik dan juga agar memenuhi keperluan kesejahteraan hidup .

Selain dari menyusun atur tumbuh -tumbuhan dan benda buatan manusia seperti gazebo, lampu- lampu jalan dan sebagainya agar persekitaran kelihatan menarik dan memenuhi nilai kesejahteraan , fungsi seni reka landskap juga bertujuan untuk memastikan kesegaran udara persekitaran. Dengan adanya tumbuh- tumbuhan di persekitaran , pengudaraan dapat dibersihkan melalui proses kitaran semula oleh tumbuh -tumbuhan dengan proses fotosentisis. Pengudaraan menjadi sejuk apabila tumbuh- tumbuhan memberi perlindungan dari cahaya terik matahari dan selain dari itu fungsi dalam menyusun atur landskap persekitran juga merangkumi kemudahan tempat berehat, panduan arah jalan dengan susunan pokok -pokok renek.

Seorang pereka landskap persekitaran akan melalui beberapa proses berikut dalam membina rekabentuk persekitaran yang dikehendaki iaitu :

a) merancang pelan rekabentuk landskap
b) membuat kajian bentuk muka bumi dan tanah – tanih persekitaran dan saiz keluasan
b) melukis pelan landskap iaitu pelan buih dan pelan induk
c) menentukan jenis benda buatan manusia (landskap kejur) dan tumbuh- tumbuhan (landskap lembut) dalam rekabentuk landskap
d) membina model landskap

Elemen digunakan dalam hiasan landskap persekitaran dibahagikan kepada dua iaitu landskap kejur dan landskap lembut. Landskap kejur terdiri daripada benda- benda buatan manusia seperti tempat pejalan kaki, kerusi, arca, gazebo, pagola, lampu- lampu jalan dan sebagainya. Manakala landskap lembut adalah merupakan elemen dari alam semulajadi seperti sungai, pokok- pokok, tumbuh- tumbuhan dan sebagainya.


Rajah 2 : Contoh Pelan Induk 

Apakah maksud Pelan Landskap ? 

Rajah imej di atas adalah merupakan grafik pelan induk yang boleh dihasilkan secara lukisan, catan atau cetakan komputer. Pelan landskap merupakan grafik dalam bentuk persembahan dua dimensi (2D) di atas permukaan rata (misalnya kertas ). Pelan induk mengandungi simbol - simbol sebagai petunjuk atau rujukan  kedudukan pokok- pokok, tumbuh- tumbuhan, bangunan, lampu- lampu, pagola, gazebo dan sebagainya apabila seorang pereka landskap mahu melaksanakan gubahan pada tapak suatu tempat yang telah dipilih. 



Rajah 3: Model Landskap Persekitaran

Apakah model landskap persekitaran ? 

Seperti imej yang di atas, model landskap persekitaran adalah suatu binaan yang menggunakan bahan- bahan tertentu seperti kertas ,gam, tanah liat, kayu, bahan terpakai dan sebagainya di atas tapak yang menggambarkan keadaan sebenar rekabentuk landskap dalam saiz yang kecil sebagai panduan kepada pereka landskap dan audien yang terlibat dalam gubahan landskap. Model landskap ini mengandungi binaan model kecil dari bentuk sebenar unsur- unsur (seperti kolam, gazebo, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya)  yang terdapat pada landskap persekitaran sebenar. 

Kesimpulannya , seni rekabentuk landskap persekitaran adalah merupakan satu proses membina dan menyusun atur tumbuh- tumbuhan dan benda pada permukaan persekitaran agar kelihatan indah, segar ,dan sihat.




Rajah 4 : Landskap taman mini di hadapan bangunan


Ringkasnya , Seni Rekabentuk Landskap Persekitaran adalah proses dengan keupayaan, kebolehan menyusun atur persekitaran luaran seperti taman- taman dengan memilih tumbuh- tumbuhan dan juga benda buatan manusia seperti arca ,kerusi ,lampu dan tapak pejalan kaki agar suasana persekitaran itu tampak menarik, indah dipandang dan memenuhi keperluan kita dari sudut kesihatan mental, perasaan dan tempat beriadah misalnya. 

Elemen tumbuh -tumbuhan ( Landskap lembut ) dalam landskap persekitaran

Peranan tumbuh- tumbuhan dalam menyusun atur taman- taman di antaranya adalah memberi teduhan daripada sinaran matahari dan cahaya, mengawal tiupan angin, mengawal bunyi bising dan sebagai tirai atau dinding untuk melindungi tempat- tempat yang tidak mahu dilihat oleh orang. 

Selain dari itu , peranan tumbuh -tumbuhan juga membentuk ruang persekitaran sebagai sempadan kepada taman atau kawasan tersebut. Tumbuh -tumbuhan juga boleh dijadikan penunjuk arah jalan dengan menyusun pokok- pokok renek misalnya pada batas -batas di setiap tempat pejalan kaki. Tumbuh- tumbuhan juga berperanan mengawal hakisan tanah dengan meletakkan tumbuh- tumbuhan yang menjalar ditanam pada tempat itu, dengan penanaman tumbuh- tumbuhan sebagai hiasan dalam seni reka landskap persekitaran ,ia juga dapat memelihara spesis tumbuh- tumbuhan tersebut dari pupus. Tumbuh- tumbuhan boleh berfungsi sebagai agen pembersih udara kepada persekitaran, yang mana kehijauan tumbuh- tumbuhan dapat membekalkan oksigen dengan menyerap karbon oksida yang dihasilkan oleh kenderaan, pembakaran dan sebagainya. 

Tumbuh- tumbuhan akan dipilih mengikut jenis bergantung kepada fungsinya. Berikut adalah beberapa nama dan jenis tumbuh- tumbuhan yang sering dipilih sebagai penghias taman, tempat- tempat dan kawasan persekitaran ;

a. Tumbuhan tutup bumi seperti Kemunting/Ros Pantai Cina (Periwinkle Creeper), Ceraka biru (Plumbago), Ros Jepun (Rose Moss) . Tumbuhan ini sesuai ditanam di tepi tempat pejalan kaki membantu menunjuk arah, ianya boleh berperanan sebagai “mengikat” tanah dari hakisan biasanya di kaki bukit.  

b. Tumbuhan Memanjat dan melilit seperti Bunga Corong(Allamanda), Bunga Akar Dani (Rangoon Creeper), Congea (Shower Orchid). Tumbuhan ini biasanya akan disokong dengan unsur landskap kejur seperti pagola untuk membolehkannya menjalar ke atas. Tumbuh - tumbuhan ini boleh berperanan sebagai tirai ditepi bangunan untuk menutup tempat -tempat yang tidak mahu dilihat.  

c. Pokok Renek seperti Bunga Jejarum, Bunga Lidah, Bunga Tahi Ayam (Lantana), Bunga Raya ((Hibiscus), Oleander (Nerium) dan Janda Kaya (Mussaenda)

d. Pokok Palma seperti Pinang Rapis (Lady Palm), Palma Macarthur,Palma Raya (Majestic Palm) dan Pokok Serdang (Chinese Fan Palm) 

e. Pokok- pokok kecil seperti Pokok Kemboja (Frangipani), Pokok Jambul Merak (Jacaranda)

f. Pokok- pokok sederhana seperti Kiara Payunh (Fern Tree) , Pokok Sempilau (Nobile Ru), Pokok Payung (Ivy palm) dan Pokok Semarak Api (Flame of the forest) 

g. Pokok -pokok besar seperti Pokok Akasia Kuning (Wattle), Pokok Cempaka Putih (Manglit), Pokok Ketapang (Sea Almond) dan Pokok Sena (Angsana).

Pokok - pokok seperti Akasia , Sena , Palma biasanya disusun untuk menghadang terik panas matahari selain dari itu pokok -pokok besar dan kecil sekiranya disusun rapat boleh menapis udara dan mengurangkan bunyi bising dari kenderaan - kenderaan yang lalu dan sesak. 

Pemilihan tumbuh- tumbuhan ini juga mengambil kira keadaan muka bumi permukaan tanah, jenis bentuk muka bumi, fungsi tumbuh- tumbuhan itu dipilih dan juga kos penjagaannya. Kesimpulannya untuk menjadikan sebuah kawasan dan taman dengan pandangan yang menarik, seorang pereka landskap perlu memilih tumbuh- tumbuhan untuk dijadikan hiasan dengan fungsi seperti yang anda telah baca tadi. 

Elemen bentuk buatan manusia ( Landskap Kejur ) di dalam rekabentuk landskap persekitaran


Elemen bentuk buatan manusia atau kumpulan landskap kejur terdiri daripada bentuk- bentuk seperti kerusi rehat , batu- batuan atau mosaic sebagai tempat pejalan kaki , lampu- lampu limpah, lampu pancar  atau sorot yang ditempatkan ditepi taman atau jalan, gazebo, pagola yang menghiasi persekitaran taman. Patung- patung atau arca sering dijadikan elemen dalam landskap persekitaran yang berkonsepkan suasana di Bali.

Elemen kolam buatan atau pancuran air yang menampakkan ciri- ciri oasis di Timur Tengah menggambarkan konsep rekabentuk landskap yang Islamik.


Apakah itu konsep rekabentuk landskap?

Sebelum anda keluar rumah , anda akan memikirkan pakaian apakah yang mahu dipakai sesuai dengan aktiviti yang akan anda hadiri atau kunjungi. Sama ada mahu bersukan , ke majlis hari jadi , mengunjungi kenalan semasa hari perayaan atau menonton wayang. Anda akan memikirkan apakah tema pakaian yang hendak digunakan, misalnya bertemakan ‘casual’ untuk menonton wayang, ala – Punjabi untuk berkunjung ke rumah rakan , ala -ala ‘cowboy’ untuk ke majlis hari jadi atau berjersi yang berlambang kelab ‘Manchester City’ untuk menonton perlawanan bolasepak dan sebagainya. 

Seorang pereka landskap juga akan mengambil kira apakah konsep yang mahu digubah misalnya pada sebuah kawasan yang mahu dijadikan sebuah taman atau pada halaman di hadapan rumah. Antara konsep yang biasa dalam rekabentuk landskap sebuah taman ialah konsep Islamik , konsep Bali , konsep Inggeris , konsep Melayu dan konsep Jepun.  

i. Konsep taman Islamik mempunyai ciri -ciri adanya air atau pancuran air , pokok -pokok yang harum , wangi , tirus seperti palma .

ii. Konsep taman Bali adalah adaptasi dari kebudayaan Hindu lama biasanya terdapat batu -batuan , batu yang berukir , patung selain dari tumbuh -tumbuhan alam semulajadi. 

iii. Konsep taman jepun mudah dikenali dengan adanya jambatan merentasi kolam dengan binaan gazebo seperti binaan zaman Jepun lama (feudal) dengan pokok -pokok yang berwarna warni. 

iv. Konsep taman melayu lebih menitik beratkan gazebo atau tempat istirehat yang diperbuat dari kayu dengan pokok -pokok bunga. 

v. Konsep inggeris dapat dikenalpasti dengan struktur seperti meja dan kerusi diluar adalah dari bahan konkrit dan kukuh, pagola, binaan gothic pada abad ke – 18, Kawasan luas berumput dengan pokok bunga -bungaan. 

Apakah perancangan dalam membina sebuah taman ? 

Seorang pereka landskap perlu mengkaji tapak atau kawasan yang hendak dijadikan sebuah taman, menentukan jenis tumbuh -tumbuhan dan landskap keras ( kejur ) , membuat anggaran kos dan menghasilkan pelan landskap. 



Rajah 5 : Contoh Pelan Buih 

Pelan landskap terbahagi kepada dua iaitu pelan rajah buih dan pelan induk. Pelan rajah buih merupakan lakaran kasar yang mempunyai lukisan rupa bujur di atas kertas dengan nama -nama tempat padanya. Manakala pelan induk merupakan lukisan yang mempunyai simbol -smbol tertentu yang mewakili banguna, tumbuh- tumbuhan ,tempat pejalan kaki dan sebagainya. Pelan landskap sangat penting sebagai bahan rujukan dan panduan dalam merekabentuk sebuah landskap persekitaran misalnya Menyusun atur sebuah taman. 




Rajah 6 : Simbol landskap lembut 

Rajah 6 adalah simbol- simbol yang mewakili tumbuh -tumbuhan dan landskap keras ( kejur ) seperti kerusi , meja , kolam , tempat pejalan kaki dan sebagainya yang terdapat pada pelan induk. Pelan rajah buih akan dibuat terlebih dahulu sebelum menghasilkan pelan induk ( pelan utama ) , pelan induk perlu di warnakan bagi menjelaskan gambaran rekabentuk landskap yang hendak dibina. 






Bidang : Seni Batik

Author : Ladde Rawing , 15 Mei 2020 Pengenalan Seni Batik  Batik adalah proses menghias permukaan tekstil (kain)   dengan campuran ...